SISIPAN SEJARAH : BRITISH SERAH BUKIT CARCOSA

Pada 31 Julai dalam tahun 1986, Bukit Carcosa yang menjadi salah satu isu penting negara, diserahkan kembali secara rasminya kepada Malaysia oleh Kerajaan British. Bukit Carcosa yang menempatkan rumah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia sejak merdeka, diserahkan kembali kepada Malaysia setelah upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Zainal Abidin Sulong, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, bagi pihak Kerajaan Malaysia di Wisma Putra manakala Kerajaan British diwakili oleh Encik David H. Gillmore, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia. Carcosa menjadi tanda dalam garisan masa sejarah kemerdekaan negara kerana bangunan tersebut pernah menjadi saksi kepada siri penjajahan di Tanah Melayu termasuklah kemasukan tentera Jepun pada 1941. Penyerahan Carcosa ini telah mengembalikan maruah negara dan geran bersyarat yang dipegang oleh Kerajaan British ke atas sebahagian daripada kawasan Carcosa kecuali kawasan utama di lot 34, dengan ini adalah terbatal.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut