ANAK JATI TANJUNG BIDARA INTAI PINGAT DI SUKMA

Ayer Keroh 1 Ogos – Meskipun tidak bertanding dalam kategori kegemaran namun itu bukan penghalang buat atlet berbasikal muda negara Muhammad Hafiq Mohd Jafri, menyumbang pingat untuk Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, Ogos ini.

Dia yang pertama kali akan beraksi di SUKMA berkata, walaupun tidak menetapkan sebarang warna pingat namun dia akan memberikan kayuhan terbaik bagi melayakkan dirinya menaiki podium dan membawa balik sekurang-kurangnya satu pingat.

“Sebenarnya, saya lebih cenderung kepada acara berbasikal trek tetapi ia tidak dipertandingkan di SUKMA Sarawak jadi untuk itu saya akan bertanding untuk acara lebuh raya dan kriterium.

“Secara peribadi, bagi saya saingan untuk lebuh raya dan kriterium seperti beraksi di trek endurance walaupun begitu saya anggap ini sebagai cabaran selain akan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Menurut atlet kelahiran Tanjung Bidara itu, dia menjangkakan saingan hebat akan diberikan atlet dari Terengganu yang juga rakan sepasukannya di Majlis Sukan Negara (MSN).

“Saya akan cuba memberikan aksi terbaik bagi membawa balik pingat dan saya melihat peluang untuk dapat pingat adalah untuk acara kriterium,” katanya.

Untuk rekod antara pencapaian terbaik pelumba berusia 19 tahun itu adalah mewakili negara dengan memenangi dua perak pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 dan satu gangsa di Sukan Remaja Komanwel Trinbago 2023.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut