Pada 24 Julai dalam tahun 1971, upacara penganugerahan Panji-panji kepada 15 Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan Pasukan Polis Laut telah diadakan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Upacara penganugerahan ini, telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.Β Dengan diiringi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh Ismail, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan panji-panji berwarna hijau kepada Pasukan Polis Hutan, Panji-panji berwarna merah kepada batalion Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan Panji-panji berwarna putih kepada batalion Pasukan Polis Laut dengan lambang masing-masing. Dalam titah ucapan, baginda telah memuji ketabahan serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan polis sambil menggesa agar mereka terus berazam memelihara keselamatan dan keamanan di negara yang tercinta ini. Istiadat penganugerahan Panji-panji ini telah diakhiri dengan ucapan perarakan panji-panji oleh kesemua Pasukan yang mengambil bahagian serta teriakan tiga kali βDaulat Tuankuβ yang diketuai oleh Ketua Polis Negara. Seramai kira-kira 2,274 orang para pegawai dan anggota Polis Am, Polis Hutan, Polis Simpanan Persekutuan dan Polis Laut telah menghadiri upacara yang gilang-gemilang ini.
Sumber: Arkib Negara Malaysia