LELAKI DIKHUATIRI DIBAHAM BUAYA BELUM DITEMUI, SAR DISAMBUNG ESOK

KINABATANGAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di sungai Kampung Sobak Perpaduan, di sini, Selasa lalu, ditangguhkan dan akan disambung esok.

Operasi SAR yang memasuki hari ketiga hari ini dimulakan pada jam 7 pagi membabitkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Jasmani Osni.

Difahamkan, pasukan SAR turut terserempak dengan seekor buaya di sungai berkenaan ketika operasi dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Azlan Jamaluddin berkata, pencarian dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot orang awam.

Buaya yang ditemui ketika operasi SAR mangsa di s ungai Kampung Sobak Perpaduan, Kinabatangan. – Foto/Bomba

“Ketika operasi dijalankan, seekor buaya bersaiz kecil ditemui, tetapi jauh daripada kawasan mangsa memukat.

“Operasi pencarian ditangguhkan kira-kira jam 5 petang tadi dan akan disambung semula esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Terdahulu, mangsa Kami Antong, 35, dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan bersama anaknya di sungai berkenaan, kira-kira jam 4 petang, Selasa lalu. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut