323 TERMASUK EMPAT WANITA DITAHAN DALAM OPS HAWK DI PAHANG

KUANTAN: Seramai 323 individu termasuk empat wanita ditahan dalam Ops Hawk yang diadakan selama empat hari di 11 daerah di Pahang yang berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata mereka yang berumur antara 16 hingga 63 tahun itu ditahan menerusi 193 serbuan sarang penagihan dadah, pusat hiburan dan lokasi panas jenayah itu.

Katanya, dalam operasi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkortik (JSJN) berjaya mengesan dan menahan lapan lelaki yang dikehendaki atas kesalahan dadah.

“Hasil semakan rekod lampau daripada keseluruhan tangkapan itu, seramai 32 individu berpotensi dituduh mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sepanjang empat hari operasi dijalankan, JSJN merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine, syabu, ganja dan air ketum bernilai RM97,147.

“Dua kereta dan wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM45,200 turut disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi empat hari itu membabitkan 108 pegawai dan anggota polis serta dibantu empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan dan dua anggota Jabatan Imigresen.

Noor Hisham berkata, operasi itu bermatlamat memerangi aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di seluruh Pahang.

Katanya, operasi itu juga adalah usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang kehadiran penagih baharu, selain mengurangkan penagih sedia ada.

“Kita percaya melalui penguatkuasaan secara berterusan dapat menimbulkan rasa takut masyarakat untuk terbabit dengan jenayah dadah,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut