OPERASI PAIP HARAM DIPERLUAS, 21 SAMBUNGAN DIPOTONG DI INANAM DAN LIKAS

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) meluaskan operasi pemotongan sambungan paip haram di beberapa lagi lokasi dalam usaha memulihkan bekalan air di sekitar bandar raya ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata hari ini operasi diteruskan di sekitar Inanam dan Likas yang turut dikenal pasti berdepan masalah tekanan air rendah.

Katanya, sebanyak 21 sambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan di kawasan terbabit dipotong menerusi operasi anggota penguatkuasa JANS.

Penguatkuasa JANS memeriksa sambungan paip haram di paip utama dekat Lembaga Padi, Inanam.

“Sebanyak sembilan sambungan dipotong di paip utama dekat jambatan Lembaga Padi dan lapan sambungan dipotong berhampiran jalan dekat PUSPAKOM di Kolombong, Inanam.

“JANS turut melaksanakan pemotongan tiga sambungan paip haram di kawasan setinggan di Kampung Likas dan satu lagi di Signal Hill, Likas,” katanya mengulas operasi JANS hari ini.

Menteri Kerja Raya negeri itu berkata operasi berkenaan dilakukan bagi mengatasi tekanan air rendah di Inanam dan Likas, khususnya di kawasan Kionsom yang dilaporkan berdepan masalah itu.

Katanya, menerusi operasi itu, ia diharap dapat mengatasi masalah air kawasan berkenaan sekali gus mengurangkan rungutan pengguna yang selama ini sering berdepan gangguan bekalan air.

“Saya difahamkan sambungan paip haram itu menjadi antara punca rungutan pengguna di Inanam dan Kionsom yang berdepan masalah tekanan air rendah,” katanya.

Katanya, operasi pemotongan paip haram akan diteruskan di semua lokasi yang dikenal pasti mempunyai sambungan paip haram untuk mencuri air.

Sebelum ini, JANS menumpukan operasi pemotongan sambungan paip haram di beberapa kawasan setinggan di Sepanggar yang dikenal pasti menjejaskan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sehingga bulan lalu dianggarkan lebih 600 sambungan paip haram dipotong penguatkuasa JANS di sekitar Sepanggar sejak awal tahun ini dan dilaporkan situasi bekalan air di kawasan itu kini semakin stabil.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut