APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DAGING KERING PENYU, BALAT LEBIH RM200,000

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar daging spesis terancam dipercayai penyu dan balat di perairan Kudat, Ahad lalu.

Rampasan itu hasil maklumat risikan selepas sebuah bot dilaporkan sedang melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan pesisir timur Pantai Tanjung Kalutan, di sini, kira-kira jam 5 petang.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak dengan maklumat risikan, aset Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Op Sejahtera, Op Naga Timur, Op Perkasa Putih dan Op Tiris 3.0 digerakkan bagi mengesan bot berkenaan.

“Ketika dihampiri, bot berkenaan bertindak melarikan diri ke kawasan cetek bagi mengelakkan daripada ditahan pihak penguatkuasa APMM.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi menemukan 23 guni daging penyu kering dianggarkan seberat 160 kilogram serta 52 guni balat kering dengan anggaran berat 500 kilogram yang dicampak oleh suspek dari bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 itu diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana disyaki cubaan menyeludup spesis haiwan dilindungi,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Maurice turut memaklumkan Zon Maritim Kudat berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kerana melakukan

beberapa jenis kesalahan di kedudukan lebih kurang 1.85 batu nautika tenggara Tagumamal Laut, Kudat, Sabtu lalu.

Katanya, hasil operasi bekenaan berjaya menahan dua individu yang mengendalikan bot yang juga warga tempatan berusia lingkungan 17 dan 27 tahun.

“Kedua-dua suspek bersama bot serta hasil tangkapan ditahan dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana tidak mempunyai lesen perikanan dan menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau juga meminta masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain membantu Maritim Malaysia melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA PADA 7 JUN 2025 (SABTU) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1446H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Marilah kita …
Maklumat Lanjut

SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga …
Maklumat Lanjut

ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan) …
Maklumat Lanjut