RANTAU PANJANG 08 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 120 kilogram gula pasir, 170 kilogram minyak masak bersubsidi disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.