SISIPAN SEJARAH: PERASMIAN PEJABAT DAERAH BARU DI KUALA BERANG, TERENGGANU

Pada 6 Julai tahun 1963, Pejabat Daerah yang baru di Kuala Berang telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Upacara perasmian ini diadakan bersempena dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan melawat daerah Hulu Terengganu. Baginda telah diiringi oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu, Encik Mohd. Yusuf bin Mohamed sebagai Setiausaha Kerajaan dan lain-lain pegawai kanan kerajaan. Dalam titah semasa merasmikan pejabat yang berharga $125,000 ringgit itu baginda telah menyeru rakyat supaya bersatu padu serta hidup bersefahaman di antara satu sama lain demi kemakmuran dan keamanan negeri. Baginda juga melahirkan rasa sukacita di atas kemajuan-kemajuan yang telah dicapai di dalam lapangan pembangunan negeri khasnya untuk faedah dan penghidupan baru kepada rakyat jelata.

Pegawai-pegawai kerajaan juga digesa supaya bersungguh-sungguh dan cekap dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk memajukan rakyat dan negeri. Manakala rakyat pula diseru supaya bekerjasama di antara satu sama lain untuk kemajuan diri dan tempat tinggal mereka. Encik Abu Johan, Pegawai Daerah Hulu Terengganu terdahulu dari itu telah mengalu-alukan keberangkatan baginda berdua diikuti dengan sambutan secara besar-besaran oleh penduduk-penduduk Hulu Terengganu dengan persembahan pelbagai permainan dan pertunjukkan tradisional di kawasan Pejabat Daerah. Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tengku Ampuan ke daerah Hulu Terengganu telah memberi suatu semangat baru kepada penduduk-penduduk untuk terus memberi ketaatan dan kesetiaan mereka kepada raja yang memerintah negeri tersebut.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut