DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Falcon, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menguatkuasakan Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu. Penguatkuasaan secara berfokus ini dilaksanakan di Jalan Muthu Palaniaapan, Bukit Mertajam.
Sebanyak 37 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan pamakaian tali pinggang keledar semasa memandu.
Pemandu dan pengguna kenderaan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu serta pemakaian tali pinggang keledar boleh mengurangkan risiko kecederaan parah dan kehilangan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang