ANAK BUAYA DITANGKAP DI SUNGAI SEMBULAN

KOTA KINABALU: Seekor anak buaya berjaya ditangkap di tepi sungai Kampung Sembulan Lama, di sini, pagi tadi.

Reptilia sepanjang semeter itu ditangkap oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, panggilan diterima oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada jam 6.49 pagi berkenaan kes LLK (Buaya) di Kampung Sembulan Lama.

Katanya, seorang pegawai bersama empat anggota dari Skuad Charlie diketuai Leftenan M Nurfarizt IzwanSapsia digerakkan ke lokasi.

Anak buaya berjaya ditangkap di Sungai Sembulan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada anggota APM. – Foto/APM

Tambahnya, dua anggota turut bergerak dengan lengkap berpakaian peralatan Personal Protective Equipment (PPE) bagi operasi menangkap reptila berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat buaya di tepi sungai berdekatan dengan rumah pengadu.

“Pasukan APM bagaimanapun dimaklumkan bahawa buaya berkenaan sudah ditangkap oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, buaya dengan berat tujuh kilogram kemudian diserahkan kepada APM.

“Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 7.03 pagi tadi.

“Buaya berkenaan dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

.#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut