JPJ TERENGGANU TINGKATKAN PEMERIKSAAN PASTIKAN BAS PATUHI PERATURAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mempergiatkan usaha pemeriksaan bas di terminal bas sepanjang minggu bagi mengesan sebarang ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas terlibat. Pengarahnya, Mohd Zamri Samion menyatakan pihaknya turut melakukan pemeriksaan pada hari biasa bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam mematuhi peraturan ditetapkan.

“Dalam tempoh seminggu terutama pada hujung minggu sememangnya ada pemeriksaan khsusus di terminal bas namun kita akan mempergiatkan lagi usaha pemeriksaan sepanjang minggu di terminal dengan melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap setiap bas berkenaan.

“Kita tidak tunggu hanya pada operasi khas tetapi pada hari biasa pun memang adakan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.

Sabtu lalu, dilaporkan dua penumpang maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang. Siasatan lanjut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri menyatakan antara kesalahan yang sering dilakukan pemandu bas melibatkan aspek teknikal iaitu tayar serta tidak mempunyai lesen memandu. Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan dijalankan setakat ini mendapati kebanyakan pemandu bas persiaran di negeri ini masih mematuhi peraturan ditetapkan.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut