MAJLIS PELANCARAN PAMERAN NISMILAN : PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Pada 30 Jun 2024 bertempat di Galeri Pameran, Muzium Negeri telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pameran Nismilan : Patah Tumbuh Hilang Berganti bertempat di Galeri Pameran Muzium Negeri. Pameran ini adalah hasil gabungan 48 orang pelajar Diploma Seni Halus Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Melaka dan 10 orang pensyarah daripada Jabatan Seni Halus KPSK UiTM Melaka.

Pameran ini sebagai satu sokongan dan inisiatif meraikan pelajar yang berjaya menyempurnakan tugasan dan penilaian akhir Diploma Seni Halus. Motif utama daripada pameran lukisan ini adalah kepelbagaian warisan Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan budaya, ini meliputi sejarah asal masyarakat Negeri Sembilan, perkembangan adat, budaya dan ekonomi.

Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Turut hadir bersama-sama adalah YBhg. Dr. Sharmiza binti Abu Hassan, Ketua Pusat Pengajian KPSK UiTM Melaka, Encik Aziz bin Hj. Mohd Gorip, Kurator Bahagian Pengurusan, Puan Noorul Farahashikin binti Sakim, Kurator Bahagian Permuziuman, pegawai serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Turut diadakan sesi lawatan VIP ke galeri Pameran Nismilan : Patah Tumbuh Hilang Berganti melihat lebih dekat pameran yang diadakan. Para pelajar diberi peluang menerangkan motif sesebuah lukisan yang dipamerkan. Kepada semua pengunjung, pameran ini akan berlangsung sehingga 30 Julai 2024. Masuk adalah percuma.

Sumber: FB Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut