𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃𝐎𝐍𝐆

PULAU BIDONG, KUALA NERUS (26 JUN 2024) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu menganjurkan program Jejak Warisan Pelarian Vietnam Pulau Bidong bersama wakil jabatan dan agensi kerajaan di sini. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan pelarian Vietnam selama 13 tahun bermula dengan penempatan kumpulan pelarian Vietnam pertama seramai 121 orang pada Ogos 1978.
Pada November 1991, pulau yang menempatkan pelarian itu ditutup dan Pulau Bidong diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Pada program itu, seramai 19 peserta yang mewakili jabatan serta agensi kerajaan iaitu MKN Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu, Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu. Jabatan Laut Wilayah Timur dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) berpeluang melihat kesan sejarah penempatan pelarian Vietnam.
Selain itu, empat veteran tentera dari Kelab Veteran 104 ATM yang pernah bertugas di pulau itu turut menyertai lawatan.
Lawatan yang diketuai oleh Pengarah MKN Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohamad turut diberi penerangan mengenai sejarah Pulau Bidong oleh Pegawai Kurator LMNT, Encik Azuan Harun.
Turut menyertai program itu ialah Pengarah APMM Negeri Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid dan Penolong Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Puan Nooraini Che Aziz.
Jurukamera: Jab. Penerangan Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut