Ayer Keroh – Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas akan bersidang selama tiga hari dari 9 hingga 11 Julai ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, hari pertama persidangan akan bermula dengan pertanyaan soalan-soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan.
“Persidangan seperti biasa bermula pada jam 9 pagi sehingga selesai, hari pertama kita terus mulakan soalan lisan daripada Adun terlibat yang diberikan peluang.
“Kita sudah terima soalan lisan dan bertulis yang akan diajukan pada persidangan ini nanti, cuma jumlahnya akan dimaklumkan pada minggu hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Pada Mac lalu pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)