POLIS DALAM PROSES LENGKAPKAN SIASATAN KEMALANGAN BAS BAWA GURU

KUANTAN: Polis Pahang sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tragedi kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada 9 Jun lalu yang mengakibatkan empat maut.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kes masih lagi dalam tindakan dan kita telah pun merujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu lepas dan kita juga telah terima arahan untuk merujuk kepada pejabat Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada jam 12.40 tengah malam, 9 Jun lalu, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29; pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60, dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut