LELAKI BAWA 4 KILOGRAM SYABU DITAHAN DALAM SEKATAN JALAN RAYA

BELURAN: Seorang lelaki ditahan bersama dadah seberat empat kilogram yang dianggarkan bernilai RM130,304 ketika cuba melepasi sekatan jalan di Sapi Nangoh, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, suspek bersama seorang lagi rakannya iaitu pemandu kereta ditahan untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, sebaik Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui dadah di dalam kereta Proton Saga itu, rakan suspek terus melarikan diri menggunakan kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, dadah berkenaan ditemui disembunyikan di bonet belakang kenderaan Proton Saga berkenaan.

Katanya, semua dadah jenis syabu berkenaan disimpan di dalam plastik berwarna merah yang bertulis ‘Guanyinwang Refined Chinese Tea’.

Hasan (tiga dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas selepas menahan seorang lelaki ketika cuba melepasi sekatan jalan raya di Sapi Nangoh, Beluran.

“Suspek warga tempatan berusia 43 tahun itu terus ditahan manakala rakan suspek yang dikenali sebagai Justin Vau Langat, 27, masih diburu polis.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan positif dadah ujian saringan air kencing.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B akta sama,” katanya dalam sidang media di IPD Beluran, di sini, hari ini.

Hasan berkata, usaha mengesan seorang lagi suspek masih dijalankan dan kenderaan terakhir yang dipandu adalah jenis Proton Saga kelabu dengan nombor pendaftaran SYR7763.

 

Justin Vau Langat, 27, diburu polis.

Katanya, berdasarkan semakan lanjut, suspek juga mempunyai rekod sebagai orang dikehendaki mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Hasan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad di talian 019-9810144.

“Maklumat juga boleh disalurkan ke IPD Beluran di talian 089-511222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut