DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi bersama JSPT SPS, JAS, KPDN dan MBSP telah menjalankan Ops Khas kesalahan teknikal dan pelbagi kesalahan di Stesen Penguatkuasa Valdor pada pagi ini.
Tujuan ops ini adalah bagi memastikan semua kenderaan perdagangan dan persendirian mematuhi Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 serta Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan dan Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) 2010.
Diantara kesalahan dikesan sepanjang operasi ini diadakan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, penggunaaan tayar celup tanpa patuhi standard piawaian dibenarkan serta tayar haus berlebihan , penggunaan cermin gelap tanpa mematuhi spesifikasi dibenarkan , lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan teknikal. JPJ telah mengeluarkan 141 notis saman dan teknikal, JSPT sebanyak 34 saman dan JAS 5 notis kompaun serta 5 notis perintah larangan .
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang