Informasi mengenai penyasaran subsidi diesel yang ditetapkan pada harga RM3.35 per liter bermula 10 Jun 2024, jam 12:01 tengah malam, di Semenanjung Malaysia. Harga ini tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak, dan akan diumumkan setiap minggu berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism.
Budi Madani:
- Budi MySubsidi Diesel (SKDS):
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) khas untuk sektor pengangkutan dan logistik.
- SKDS 1.0: Untuk pengangkutan awam, bas sekolah, ambulans, bomba, dan jenazah.
- SKDS 2.0: Untuk 23 jenis kenderaan diesel termasuk pengangkutan hasil pertanian dan logistik barangan keperluan harian. Kenderaan ini diberikan Fleet Card diesel bersubsidi.
- Budi Individu:
- Bantuan tunai RM200 setiap bulan untuk pemilik kenderaan diesel dengan pendapatan tahunan bawah RM100,000.
- Budi Agri-Komoditi:
- Bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada petani, penternak, dan pekebun kecil komoditi.
Permohonan dan keterangan lanjut boleh didapati di laman web https://budimadani.gov.my.
Sumber: Bernama