CCTV, WI-FI PERCUMA DI JETI SELARAS KENAIKAN CAJ AKSES KE PULAU PERHENTIAN

Pemasangan 14-unit kamera litar tertutup (CCTV) di Jeti Pelancongan Kuala Besut antara kemudahan asas akan disediakan Majlis Daerah Besut (MDB) bagi menjamin keselamatan pelancong.

Yang Dipertua MDB, Mohd Sukeri Ibrahim, berkata pemasangan Wi-Fi percuma dan kipas untuk keselesaan dan kemudahan pelancong ketika menunggu bot ke Pulau Perhentian. Katanya, pemasangan CCTV dan pencahayaan dilakukan bagi memastikan keselamatan pelancong.

“Kerja-kerja penyediaan pelbagai kemudahan terutama kipas dalam kawasan jeti giat dilaksanakan. Kemudahan itu kita sediakan selepas mendapat maklum balas dan saranan daripada pelancong termasuk pelancong asing,” katanya.

Mohd Sukeri berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan pengusaha bot pelancong selepas MDB menaikkan caj baharu tiket akses Pulau Perhentian, berkuat kuasa Isnin lalu. Pengusaha bimbang kenaikan caj perkhidmatan akan menjejaskan kedatangan pelancong ke pulau itu.

Kenaikan caj tiket akses juga mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris meminta MDB menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pelancong.

Mohd Sukeri, berkata kenaikan itu diputuskan Ahli Majlis MDB. Katanya, kenaikan daripada RM5 kepada RM20 tidak termasuk bayaran dikenakan oleh Taman Laut berjumlah RM30 hanya dikenakan kepada pelancong asing. “Harga baharu caj akses itu tidak membabitkan pelancong tempatan apabila kita bersetuju mengekalkan harga lama iaitu RM5 seorang,” katanya.

Mengenai rungutan pengusaha bot pelancong, Mohd Sukeri berkata, MDB sudah mengadakan perjumpaan dengan pihak berkenaan.

Sumber: Berita Harian.

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut