MINUMAN KERAS SELUDUP RM1.5J DIRAMPAS KASTAM DI KK

KOTA KINABALU: Tiga kontena minuman keras bernilai lebih RM1.5 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, baru-baru ini.

Minuman keras itu diisytiharkan dalam dokumen sebagai barangan keperluan rumah, aksesori telefon dan juga alat ganti jentera berat gagal mengaburi mata penguat kuasa JKDM Sabah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, rampasan dibuat hasil pemeriksaan pada imej mesin pengimbas terhadap kontena yang masuk ke pelabuhan terbabit.

Menurutnya, pasukan serbuan dari Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah membuat penahanan tiga kontena disyaki berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut