KOTA KINABALU (4 Jun): Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) diarah memberi keutamaan terhadap golongan miskin tegar dalam pelan tindakan dan program yang dilaksanakan kementerian itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberikan arahan itu bagi memastikan MAFFI tidak melupakan golongan miskin sebagai inisiatif untuk membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
“Di bawah data eKasih sehingga 18 Mei tahun ini, ketua isi rumah miskin tegar di Sabah turun kepada 8,699. Saya mahu lebih banyak inisiatif di bawah MAFFI akan membabitkan mereka (miskin tegar).
“Kita mahu pastikan mereka dikeluarkan daripada kemiskinan,” katanya selepas lawatan kerja ke MAFFI di Wisma Pertanian Sabah, di sini, hari ini.
Beliau disambut Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Info X