LELAKI BERSAMA SYABU BERNILAI RM158,000 DITUMPASKAN

TAWAU:  Polis memberkas seorang lelaki warga asing bersama sejumlah 2063.93 gram dadah jenis syabu bernilai RM158,400.00 dalam serbuan di sebuah rumah di sekitar Bandar Tawau, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, suspek berumur 45 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada pukul 2.20 petang.

“Bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, telah menyerbu sebuah rumah di sebuah tapak pembinaan di sekitar kawasan Jalan Bunga Raya, Tawau dan memberkas seorang suspek lelaki warga asing.

“Hasil siasatan awal, suspek telah menyerahkan sebuah kotak plastik pembesar suara berwarna biru, pemeriksaan di dalam kotak tersebut pihak Polis menjumpai dua paket plastik cerah berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 2063.93 gram berjumlah RM158,400.00,” katanya.

Katanya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah, suspek direman bermula 1 Jun 2024 untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut