PROGRAM LATIH AMAL TABLE TOP EXERCISE (TTX) EX-MINANG 2024

Program latih amal Table Top Exercise (TTX) Ex-Minang 2024 telah diadakan pada 29 hingga 30 Mei 2024 di Klana Resort Seremban dengan kerjasama strategik KPJ Specialist Seremban. Dianggarkan seramai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan dan pihak berkuasa awam di peringkat negeri dan daerah telah hadir ke program ini. Pengisian program merangkumi sesi taklimat daripada pelbagai agensi keselamatan kepada semua peserta tentang kepentingan pengurusan dan pengendalian situasi ancaman ketenteraman awam selain penekanan tentang pengujian dan penilaian pelan, dasar serta prosedur pengurusan dan pengendalian situasi ancaman berdasarkan Arahan MKN No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam.

Program ini turut di hadiri oleh Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, YBhg. Brig. Jen Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Ketua Polis Daerah Seremban, YDH ACP Mohamad Hatta bin Che Din, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Encik Azrul bin Hasan, Pengarah RELA Negeri Sembilan, Encik Muhammad Faiz bin Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Specialist Seremban, Encik Nor Aidil Ikram bin Mohamad.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut