AIR SUNGAI SEPERTI SUSU BERPUNCA DARI KILANG KIMIA

SEREMBAN: Air putih seakan susu yang mengalir dalam longkang utama di Taman Bandar Senawang, di sini, berpunca daripada kilang kimia yang beroperasi di kawasan perindustrian Senawang.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan rondaan dan siasatan selepas menerima aduan daripada kumpulan teknikal agensi itu berkaitan aduan penduduk.

“Pasukan rondaan membuat siasatan ke Persiaran Bunga Tanjung 2, Kawasan Perindustrian Senawang dan menyusuri longkang awam berhampiran sebelum masuk ke Taman Bandar Senawang.

“Selepas menyusuri longkang awam, didapati terdapat kesan air putih yang berpunca daripada sebuah premis industri.

“Siasatan dalam premis mendapati air putih terhasil berpunca daripada longkang dalam kerja produksi ‘wet milling process’ (proses pengilangan basah),” katanya.

Veerapan berkata JAS memaklumkan premis itu tidak mempunyai sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) dan menggunakan semula air untuk kegunaan basuhan mesin ‘wet mill’.

Sehubungan itu, beliau berkata, premis itu diarahkan memberhentikan mana-mana punca yang menghasilkan pengeluaran air putih serta merta.

“Premis itu juga diarahkan membuat pembersihan longkang tanpa membuat pelepasan ke longkang awam.

“Satu set persampelan efluen perindustrian (EP) dan satu set persampelan buangan terjadual (BT) diambil dalam premis, selain persampelan BT di aliran longkang awam sebelum masuk ke taman perumahan,” katanya.

Tambah Veerapan, pihaknya mengesyorkan siasatan susulan bagi tindakan perundangan berkaitan pencemaran itu.

Sebelum ini, media melaporkan air sungai yang mengalir di belakang rumah penduduk D’Latania Taman Bandar Senawang menjadi warna putih seakan susu, pagi semalam.

Penduduk mendakwa air sungai terbabit mengeluarkan bau yang menyebabkan seperti bahan kimia dan ia sudah kali kedua berlaku dalam tempoh empat tahun lalu, namun sebelum ini tidak menyebabkan sungai bertukar warna.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut