TERENGGANU KEKALKAN KECEMERLANGAN SPM

Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 dengan merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.41 mengatasi Gred Purata Nasional 4.6. Keputusan yang direkodkan tersebut menunjukkan peningkatan 0.18 berbanding yang direkodkan pada tahun lalu iaitu 4.59. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Jelani Sulong berkata, seramai 464 pelajar daripada keseluruhan 16,783 calon yang menduduki peperiksaan itu memperoleh keputusan semua A (A+, A, A-) berbanding 333 calon pada 2022.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.76 peratus berbanding keputusan yang direkodkan pada 2023 serta peningkatan 0.01 peratus bagi keputusan semua A dalam semua mata pelajaran. Yang paling istimewa, seorang calon berkeperluan khas (CBPK) yang mengalami masalah autisme dari SM Imtiaz Setiu mendapat semua A+ dalam peperiksaan tersebut iaitu 4 (A+ )7(A) dan 1 (A-). Manakala jumlah calon lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan 4.22 peratus iaitu seramai 10,489 calon berbanding 9,617 calon pada tahun 2022.

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.32 sementara SM Imtiaz Yayasan Kemaman muncul kategori peratus peningkatan semua tertinggi. Manakala empat sekolah yang merekodkan kecemerlangan dengan kesemua calonnya lulus semua mata pelajaran iaitu SM Imtiaz Kemaman, SM Sains Kuala Terengganu, SMKA Sheikh Abdul Malek dan SM Imtiaz Kuala Berang.

SM Sains Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah yang memperoleh peratus semua A terbaik dengan rekod 40.82 peratus. Secara keseluruhan keputusan SPM bagi negeri Terengganu bagi tahun 2023 menunjukkan peningkatan pencapaian keseluruhan melibatkan semua sekolah dalam bandar dan luar bandar di semua daerah.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut