𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍

YBrs.Tuan Pengarah KPDN Kelantan telah bersama dalam 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan di Pekarangan Rumah Abe Pi Pok Teh, Kg. Chengal, Ketereh, Kelantan pada malam tadi.
Objektif bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, di samping menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan, selain berperanan memperkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan ke peringkat akar umbi.
Dalam program tersebut diadakan Malam Himpunan Pendekar 2024 dengan kemunculan istimewa Ismail Hantu Raya, Yusof Anak Hantu Raya, Paid Turbo dan ramai lagi. Disusuli dengan persembahan Silat, Tongkat, Boksing, Spelet diiringi alunan Gendang oleh (Osman Hulubalang) dan Rebana.
Program ini juga dengan kerjasama Komuniti Madani KRT Kg. Chengal dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Chengal.
Turut bersama YBrs. Tuan Muhd Nor Aswadi bin Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Hishamuddin bin Ab. Rashid, Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut