KILANG GENTIAN KACA SANDAKAN MUSNAH TERBAKAR

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

SANDAKAN (23 Mei): Sebuah kilang pemprosesan gentian kaca musnah dalam kebakaran di Batu 8, Jalan Labuk Sandakan, di sini, pada Rabu.

Sebanyak 10 bot laju di dalam kilang terbabit musnah dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 pagi melalui talian MERS 999 dan tiba di lokasi 8km dari balai jam 10.30 pagi.

Katanya, 27 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran manakala empat anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di sini dan dua pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut menghulurkan bantuan.

Severinus berkata, anggota bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera dan 10 tong buih untuk memadamkan kebakaran di kilang itu.

Katanya, operasi terkawal pukul 11.25 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 3.30 petang. Beliau menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut