DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP PETROL

KUDAT (14 Mei): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot bersama dua individu dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan minyak petrol di perairan Kudat, kelmarin.

Bot dinaiki kedua-dua suspek berusia 19 dan 51 tahun itu ditahan di posisi kira-kira empat batu nautika timur laut, Pulau, Kankamat, kira-kira jam 4 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil daripada maklumat perisikan yang diterima mengenai kegiatan penyeludupan minyak petrol, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang menjalankan rondaan Op Tiris mengesan bot suspek di kawasan berkenaan.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, dua individu didapati berada di dalam bot berkenaan merupakan warga Filipina berusia  19 dan 51 tahun dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut juga turut menemui sejumlah 12 tong berwarna biru berisi minyak petrol dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM15,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut