SABAH CATAT HAMPIR 800,000 PELANCONG DARI JAN-MAC

KOTA KINABALU (11 Mei): Sabah mencatatkan sejumlah 776,845 ketibaan pelancong/pelawat sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew (gambar) berkata angka memberangsangkan ini menandakan peningkatan sebanyak 32.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023 (584,927). Pecahannya adalah seperti berikut:

  • Pelancong/Pelawat Antarabangsa: 321,184 (+93.2 peratus)
  • Pelancong/Pelawat Domestik: 455,661 (+8.8 peratus)
  • Jumlah: 776,845 (+32.8 peratus)

“Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah (STB), anggaran resit pelancongan sebanyak RM1.75 bilion (+46.6 peratus) dijana dari Januari hingga Mac 2024, iaitu lebih RM0.56 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu (Januari-Mac 2023: RM 1.19 bilion),” kata Liew.

Mengenai sumber ketibaan antarabangsa ke Sabah dari Januari hingga Mac 2024, Menteri mendedahkan China merupakan sumber pasaran utama pelancongan di Sabah (116,922 pelancong/pelawat) buat masa ini, diikuti Korea Selatan (55,936), Brunei (54,266), Singapura (7833), dan Wilayah Eropah (18,196).

Menurut Liew, lima negara teratas yang menyumbang kepada peningkatan sebanyak 35.8 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama 2024 ialah UK dan Ireland, Jerman, Belanda, Perancis dan Rusia.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut