KERAJAAN SABAH, KDN KERJASAMA BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH

TAWAU (12 Mei): Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuhkan lagi usaha dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri ini.

Justeru beliau mahu semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi Persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak bersama bagi memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata demikian sempena Program AADK Bersama Masyarakat sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk lr Shahelmey Yahya. Program anjuran KDN melalui AADK itu bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam seluruh masyarakat untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani permasalahan dadah khususnya di Sabah.

Terdahulu, majlis pecah tanah bagi tapak Projek Pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tawau yang terletak di Batu 36, telah disempurnakan pagi tadi.

Mengenai majlis itu Hajiji berkata, penubuhan PUSPEN di Tawau adalah usaha untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah kepada mereka yang memerlukan.

โ€œSyabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini telah bermula sejak 2019 lagi dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila berjaya diwartakan pada tahun lalu.

โ€œOleh kerana kemudahan ini hanya ada di Papar sahaja, justeru perjalanan antara pantai barat dan pantai timur negeri ini agak mengambil masa. Dengan adanya kemudahan ini, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur untuk mendapatkan akses rawatan dan pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPEN Papar,โ€ katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

ย 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut