SELESAIKAN SEGERA ISU ‘SEKOLAH KONTENA’ LADANG JERAM

KUANTAN: Isu pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram di sini yang berlarutan sekian lama perlu diselesaikan segera.

V Arumugam (BN-Sabai) berkata meskipun tapak dan dana pembinaan telah diluluskan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, projek berkenaan kini terbengkalai.

“Terdapat beberapa bilik darjah di sekolah ini yang beroperasi di dalam kontena yang diubah suai dan mendapat jolokan nama sekolah kontena. Isu ini sering dipolitikkan dan dijadikan isu untuk menyerang kerajaan Pusat serta negeri oleh beberapa pihak.

“Maka, saya memohon tindakan kerajaan negeri dan juga Pusat agar segera menangani isu ini, mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu sekolah dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Selain itu, Arumugam turut mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan Bantuan Prihatin sempena perayaan Deepavali tahun ini yang akan disambut pada 31 Oktober depan, yang dilihat dapat membantu memenuhi keperluan masyarakat India golongan B40.

Sementara itu, Su Keong Siong (PH-Ketari) meminta pihak terbabit supaya menyelenggara jalan lama Kuala Lumpur-Karak demi keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau berkata jalan itu didapati mengalami masalah hakisan tebing sungai dan juga keruntuhan cerun yang membahayakan pengguna.

“Walaupun jalan raya ini tidak banyak digunakan oleh pengguna pada kebiasaannya, namun perlu diselenggarakan dengan sebaik-baiknya kerana (jalan ini) merupakan laluan alternatif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Lebuhraya Karak-Kuala lumpur,” katanya.

Pada persidangan itu, Su turut mencadangkan satu rangka tindakan (blueprint) jangka masa pendek dan panjang disediakan untuk membangunkan sektor perindustrian dan pelancongan di Bentong, terutamanya berdekatan kawasan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut