BOT NELAYAN DITAHAN JALANKAN AKTIVITI ‘TARIK TEPI’ DI TAWAU

TAWAU (22 April):  Sebuah bot nelayan tempatan ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan, di sini semalam.

Pengarah Maritim Zon Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tiga lelaki merupakan dua pemegang passport warga Indonesia manakala seorang warga tempatan berumur 42 hingga 63 tahun ditahan selepas didapati melanggar syarat sah lesen.

Katanya, bot nelayan terbabit dikesan menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Muara Sungai Merotai.

“Kesemua awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan sebelum diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM 117,000,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Shahrizan berkata, orang tamai yang mempunyai maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut