EKORI LORI ISI DIESEL 4 KALI BONGKAR LOMBONG BELI BAHAN API HARAM

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas 2,624 liter diesel subsidi disyaki diseleweng dalam serbuan di sebuah lombong di Muadzam Shah, dekat Rompin, kelmarin.

Kegiatan itu terbongkar susulan penahanan seorang lelaki berusia 45 tahun dalam Ops Tiris 3.0 hasil risikan dan aduan orang awam.

Pengarah KPDN negeri, Jezlily Jamaluddin, berkata selain diesel bersubsidi, pihaknya turut menyita sebuah lori tiga tan yang diubahsuai serta kelengkapan lain bagi tujuan aktiviti penyelewengan bahan api berkenaan.

“Berdasarkan aduan awam, lori diubahsuai itu menjalankan aktiviti mengisi diesel subsidi di beberapa stesen minyak sekitar Kuantan untuk dijual secara haram kepada industri.

“Hasil risikan mendapati lori itu mengisi diesel empat kali di tiga stesen minyak di sepanjang Jalan Pekan, dekat sini.

“Pasukan penguat kuasa mengekori lori sehingga ke sebuah lombong di Muadzam Shah dan ketika serbuan mendapati individu disyaki itu membuat pemindahan bahan api dari lori ke sebuah tangki penyimpanan,” katanya.

Jezlily memaklumkan nilai rampasan keseluruhan bagi kes ini berjumlah RM75,641.85.

“Dua kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit dan pemilik tangki penyimpanan yang disita kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak, selain tidak memiliki permit menyimpan barang kawalan petroleum.

“Kes di siasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya.

Sepanjang pelaksanaan Ops Tiris 3.0 antara 1 Januari hingga 17 April lalu, KPDN Pahang mengambil tindakan terhadap 25 kes penyelewengan barangan kawalan bersubsidi membabitkan diesel, gas petroleum cecair (LPG) serta minyak masak dan gula, dengan nilai rampasan keseluruhan RM806,085.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut