Telefon pintar banyak memudahkan kita dalam urusan harian dan pekerjaan. Namun kita tak sedar ia juga telah mengubah gaya hidup. Contohnya kemahiran keibubapaan. Ayah Min nak bagi telefon Nokia masa tu pun Min dah umur 18 tahun
. Sekarang kanak-kanak seawal usia 3-4 tahun pun dah pandai tengok Tiktok. Alasan yang sering diberi ianya dapat menenangkan anak dari meragam. Min faham ini kesukaran yang sering dihadapi oleh para ibubapa tapi bukan ini caranya. Masih terlalu awal untuk otak mereka menerima maklumat yang tidak terkawal pada telefon pintar.

Ada kaedah yang lebih baik dalam menenangkan mereka seperti komunikasi secara langsung, alihkan perhatian, ajar mereka menguruskan kemahuan dan melakukan aktiviti luar bersama mereka. Elakkan anak kita dari menghadapi masalah ketagihan gadget di usia awal. Telefon pintar memang pintar tapi pintar kah kita?
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.