MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK SERKAM

Serkam – Kemudahan masjid baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Serkam Darat, kini sedang dalam pembinaan bakal memberikan lebih keselesaan kepada umat Islam untuk beribadat selain menjalankan aktiviti memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, pembinaan masjid dirancang mampu menampung sehingga 800 jemaah pada satu-satu masa itu sudah mencapai 30 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri 2025.

“Kos pembinaan masjid ini membabitkan kos RM3.5 juta, menggunakan rekaan moden yang mana ia tidak mempunyai bumbung bertingkat dan berkonsepkan nusantara.

“Pemilihan warna masjid belum dibuat, insya-Allah selepas ini umat Islam di sekitar DUN Serkam lebih selesa menunaikan solat apabila masjid ini siap,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Mengulas lanjut, Zaidi yang juga Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, sementara menunggu kemudahan itu siap jemaah menunaikan solat di sebuah masjid di Taman Bukit Serkam.

“Masjid baharu ini bagi menggantikan masjid lama sebelum ini yang sudah runtuh, buat masa ini para jemaah menunaikan tunaikan di masjid sementara,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut