KOTA KINABALU (16 April): Berikutan krisis terkini di Timur Tengah, ibu bapa dan keluarga yang anak-anak mereka yang sedang menuntut di sana diminta agar bertenang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan & Hal Ehwal Islam, Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kerajaan menerusi Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi memantau keadaan anak-anak Malaysia yang sedang berada di sana khasnya di Jordan dan Mesir.
Katanya, Kerajaan Negeri Sabah juga dari masa ke masa akan berhubung dengan pihak Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini. Katanya, untuk rekod setakat ini terdapat 248 anak-anak Sabah yang sedang menuntut di Mesir, 79 di Jordan dan 9 di Arab Saudi.
βMereka ini belajar di beberapa buah universiti dalam pelbagai jurusan dan mendapat biasiswa, dermasiswa dan ada juga yang belajar dengan biaya sendiri. Antara penaja mereka adalah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, MUIS, dan JPA.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Β
Sumber: Sabah News Today