IKAN MATI, JAS AMBIL SAMPEL AIR BERHAMPIRAN KUALITI ALAM

Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati. Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, sampel air tersebut telah pun diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut. Beliau telah melawat lokasi yang diadukan bersama JAS pada Isnin dan turut hadir ketika lawatan adalah pengurusan tertinggi Kualiti Alam.

Ketika siasatan dilakukan tiada isu berkaitan dengan kualiti air dan udara terjejas ditemui. Mungkin ikan itu mati disebabkan faktor lain dan beliau difahamkan ikan ditemui mati hanya seekor saja. Namun pihaknya masih menunggu keputusan sampel air nanti. Menurutnya, tindakan pemantauan berkaitan kualiti air dan udara di sekitar tapak kebakaran masih dilakukan oleh pihak berkaitan. Setakat ini tiada bacaan tidak normal direkodkan berkenaan kualiti air dan udara di kawasan sekitar. Dengan langkah ini, diharapkan dapat menjamin kelestarian alam sekitar.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut