SEMARAKKAN MASJID, RAPATKAN UKHWAH DALAM BULAN RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

Pengkalan Rama, 31 Mac – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Fat’hur Rahman Pengkalan Rama telah mengadakan Program Kacau Bubur Lambuk Peringkat Parlimen Kota Melaka. Ianya merupakan program kolaborasi bersama komuniti setempat di mana program ini bukan sahaja meneruskan tradisi tahunan pada bulan Ramadan malahan untuk mengajak ahli kariah memenuhi aktiviti sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai perancangan yang telah diatur. Melalui program ini juga, secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan sesama agensi dan penduduk setempat.

Program ini dilaksanakan di Masjid Fat’hur Rahman Pengkalan Rama dan melibatkan seramai 20 orang ahli kariah dan kakitangan MKN Negeri Melaka. Program berkonsepkan gotong – royong ini bagi membolehkan rakan-rakan strategik meluaskan jaringan hubungan komunikasi disamping berkongsi maklumat berkaitan peranan dan tugas dalam bidang masing-masing.

Turut hadir bagi mengedarkan bubur lambuk adalah Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan dan Imam 1 Masjid Fat’hur Rahman, Tuan Haji Abd Rashid bin Ab Rahman. Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada komuniti setempat dan para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat zohor di masjid berkenaan.

#MelakakuMajuJaya #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut