PROGRAM IHYA RAMADAN MKN SABAH (ZON PANTAI BARAT) BERSAMA WARGA KAMPUNG DUNGUN, TUARAN

MKN Sabah dengan kerjasama pihak JPKK dan KRT Kampung Dungun, Tuaran telah menganjurkan Program Ihya Ramadan yang bertempat di Masjid Nur Md Saman, Kg. Dungun, Tuaran pada 28 Mac yang lalu.

Antara pengisian program termasuklah Majlis Khatam Al-Quran sempena sambutan Nuzul Al-Quran, ceramah Ramadan bertajuk ‘Rai Rahmat Allah’ yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr Ustaz Haji Issraq bin Haji Ramli (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS), sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf, dan sumbangan sampul raya kepada kanak-kanak kariah.

YBhg. Datuk Pengarah Keselamatan Negeri telah meluangkan masa untuk menyertai iftar dan seterusnya menunaikan solat sunat tarawih bersama warga kariah. Program GSPS ini merupakan salah satu strategi MKN Sabah dalam membina jaringan hubungan bersama masyarakat umum. Semoga segala usaha di bulan mulia ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut