KPN FOKUS PEMERKASAAN KAWASAN KRT SEBAGAI PENGGERAK KOMUNITI PROGRESIF PADA 2024
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memfokuskan kepada pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai penggerak komuniti progresif pada tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menurut Datuk Aaron Ago Dagang, beliau berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui lapan bidang utama iaitu ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan diri, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta.
SUMBER : BERNAMA