CUACA PANAS : DUA KES DIREKODKAN DI SABAH PADA ME11

KOTA KINABALU (14 Mac): Sebanyak dua kes berkaitan kes kelesuan haba direkodkan di Sabah pada Minggu Epid 11 (ME11) yang bermula Januari tahun ini sehingga Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, kedua-dua kes itu dilaporkan di  daerah Beaufort pada ME4 dan ME11.

Bagaimanapun katanya, tiada kes kekejangan haba dan strok haba dilaporkan selain tiada laporan berkaitan kes patukan ular sepanjang pemantauan cuaca panas di negeri ini sehingga semalam.

“Kes kelesuan haba yang pertama yang dilaporkan adalah melibatkan seorang lelaki berumur 50 tahun yang mengalami simptom kelesuan haba ketika melakukan kerja menebang pokok.

“Kes telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan pada 22 Januari 2024. Kes telah dirawat dan dibenarkan pulang pada hari yang sama dan telah sembuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata, kes kedua yang dilaporkan pada ME11 adalah melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun yang mengalami simptom kelesuan haba ketika mengikuti pertandingan bola sepak.

Katanya, kes telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan pada 09 Mac 2024 dan telah dirawat serta dibenarkan pulang pada hari yang sama dan telah sembuh.

“Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan status cuaca panas bagi negeri Sabah yang dikemaskini pada 4.30 petang, 13 Mac 2024 dengan semua daerah di negeri Sabah mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius.

“Namun demikian, MET Malaysia mengeluarkan kenyataan ramalan cuaca signifikan pada 13 Mac 2024 pada jam 12 tengah hari dan menjangkakan cuaca kering dan panas melebihi 35 darjah celcius di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan.

“Orang awam boleh mendapatkan status terkini cuaca panas di laman sesawa METMalaysia https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber : Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut