SISIPAN SEJARAH PADA 13 MAC 1969: SEKOLAH MENENGAH SULTAN ZAINAL ABIDIN DINAIKKAN TARAF MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM

Pada hari ini dalam tahun 1969, Kerajaan Terengganu dan Kementerian Pelajaran bersetuju untuk menjadikan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin,  Kuala Terengganu sebagai Pusat Pengajian Tinggi Islam di Pantai Timur. Sekolah ini akan menitikberatkan pelajaran agama dan Bahasa Arab hingga ke peringkat HSC bagi membolehkan penuntut-penuntutnya menyambung pengajian ke universiti dalam bidang yang berkaitan dengan Islam. Buat permulaan, dua orang pegawai pelajaran akan dihantar ke Sekolah Sultan Zainal Abidin bagi mengkaji perjalanan sekolah ini dalam usaha menjadikannya sebagai Pusat Pengajian Tinggi Islam. Pendidikan merupakan faktor yang penting dalam melahirkan masyarakat yang berjiwa besar, serba boleh dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan usaha-usaha awal ini memberi gambaran jelas bahawa perancangan yang teliti mampu membuahkan hasil yang baik dalam jangkasamasa panjang.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut