DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Mutiara Heights, Georgetown, Pulau Pinang telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Program dimulakan dengan sesi soal jawab antara penduduk dengan Ketua Polis Daerah Timur Laut dan Ketua-ketua Bahagian IPD Timur Laut seterusnya penyampaian ceramah kesedaran berkaitan penipuan dalam talian (๐ด๐ค๐ข๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ด) oleh Insp. Wan Mohd Hasyim bin Wan Yusoff daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah IPD Timur Laut.
Program seumpama ini merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia dalam membanteras kejadian jenayah dengan lebih efisien melalui pendekatan kepada komuniti setempat, sejajar dengan slogan PDRM – “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Sumber : IPD Timur Laut Pulau Pinangย https://www.facebook.com/ipdtimurlaut