Pada 17 Februari 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah Kota Kinabalu sekali lagi berpeluang menyertai Program Mobile Community Services (MCS) yang diadakan di Kampung Alutok Tenom. Selain MKN Sabah, ada beberapa agensi kerajaan lain juga turut berpeluang menyertai Program (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah mendapat sambutan yang meriah dari penduduk setempat. Pihak MKN Sabah telah diberi amanah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) di samping melaksanakan aktiviti interaktif seperti kuiz bersama penduduk. Penyertaan MKN Sabah di platform ini dilihat sebagai wadah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar khususnya di kawasan pedalaman.
Perjalanan sesi secara interaktif kendalian MKN Sabah ini mendapat sambutan daripada penduduk. Program berjalan dengan baik dan sambutan masyarakat sangat memberansangkan. MKN mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah