KESEDARAN LINDUNGI DATA PERIBADI DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Perlu Miliki Kesedaran Lindungi Data Peribadi Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Sebagai individu, kita sebenarnya perlu memastikan semua kutipan data dilakukan pihak pemaju hendaklah digunakan untuk satu tujuan sahaja iaitu membeli rumah. Malangnya, ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan lain. Ini timbul kerana satu syarikat sebagai contoh, akan berkongsi data peribadi pelanggan yang diperoleh untuk digunakan oleh anak syarikat mereka.

Penyalahgunaan Data Peribadi

Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan mengenai penyalahgunaan data peribadi ini, orang ramai mesti memahami hak-hak mereka seperti yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP adalah antara perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Akta ini adalah matlamat Dasar Kesepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia. Akta 709 sudah diluluskan di Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2010. Akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 15 November 2013 melalui pewartaan oleh Jabatan Peguam Negara. Untuk pengetahuan semua, objektif utama Akta 709 adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi umum. Akta 709 adalah terpakai bagi mana-mana orang yang memproses dan yang mempunyai terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan transaksi komersial.

Pengguna bank sebagai contoh, tahap kesedaran mereka lebih tinggi berbanding sektor lain kerana membabitkan duit. Oleh itu, kesedaran mengenai perlindungan data peribadi ini tidak boleh dibebankan kepada Pesuruhjaya Data Peribadi, tapi pada masa sama pihak bank kena memaklumkan hak pengguna setiap kali membuat urusan perbankan. Kejayaan pelaksanaan APDP ini adalah tanggungjawab bersama. Pada masa sama, industri yang terbabit dalam penggunaan data peribadi, mesti bertanggungjawab kepada pelanggan mereka dengan cara memelihara data serta mengurusnya dengan lebih berhemah. Oleh kerana teknologi baharu dan aliran pasaran yang kian berubah menyebabkan peranan maklumat data peribadi semakin penting dalam ekonomi pasaran transaksi globalisasi. Transaksi komersial akan menjadi komoditi pasaran Data Besar (Big Data) yang sangat pantas dan bernilai jutaan dan bilion ringgit sehingga mewujudkan suatu tekanan transaksi data komersial yang perlu dikawal selia terutama dalam pemprosesan data peribadi. Sesungguhnya mengikut APDP adalah menjadi satu kesalahan bagi Pengguna Data mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik.

Apakah Faedah Akta 709 kepada Anda?

Mengawalselia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh mana-mana orang (Pengguna Data) supaya memberi perlindungan kepada individu itu (Subjek data)
Menjaga dengan selamat kepentingan data peribadi demi mencegah (menghalang) sebarang penyalahgunaan data peribadi yang berada dalam milikan pengguna data.

 Hak-hak Subjek Data

  • Dimaklumkan oleh pengguna data sama ada data peribadinya diproses oleh pengguna data atau bagi pihak pengguna data; Sek.30(1);
  • Membuat permintaan capaian kepada pengguna data bagi maklumat mengenai data peribadinya; Sek.30(2a)
  • Disampaikan kepada beliau maklumat data peribadinya yang dimintanya dalam bentuk yang difahami dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pengguna data; Sek.30(2b)
  • Membetulkan data peribadinya yang tidak tepat yang disimpan oleh pengguna data Sek.34
  • Menarik balik persetujuan untuk memproses data peribadinya dan pemberhentian pemprosesan itu dalam keadaan-keadaan tertentu;
  • Mengkehendaki pengguna data mendapatkan kebenaran semula penzahiran data peribadi beliau bagi tujuan selain dari tujuan asal semasa data itu dikutip pada mula-mulanya;
  • Melarang pemprosesan data peribadi sensitif subjek data, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu; Sek.40(2a);
  • Menghalang pemprosesan data yang mengakibatkan kerugian dan kesengsaraan;
  • Menghalang pemprosesan data untuk tujuan jualan langsung; Sek.43(1)

Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi & Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut