SHAH ALAM, 16 FEB: Pelbagai acara menarik diadakan dalam Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor antara jam 9 pagi hingga 10 malam pada 23 hingga 25 Februari 2024.
Program tersebut antaranya Selawat Darul Ehsan dan Solat Subuh Macam Jumaat selain kaunter perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk kemudahan rakyat.
Turut diadakan dalam program kesinambungan Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Nasional Jalil pada Disember lalu, Jualan Agro dan Mega MADANI yang menawarkan potongan harga menarik.
Menurut sekretariat Program MADANI Rakyat, program yang diteruskan ke peringkat negeri dan dijalankan mengikut zon merangkumi Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan pada kali ini.
Program ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapat perkhidmatan secara terus daripada kementerian peringkat persekutuan dan agensi peringkat negeri.
Mengikut sekretariat berkenaan, program kali ini memberi tumpuan kepada aspek pertanian, keterjaminan makanan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim pada 25 Februari 2024 dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.