MOU PERKUKUH PROGRAM NOKTAHKAN MISKIN TEGAR

ROSMADI (kedua, kiri) bersama Dr Mohammed (kedua, kanan) selepas majlis Menandatangani MoU itu.

 

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Sabah menjelang 2024.

Ke arah usaha itu, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri dipertanggungjawabkan bagi menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

Selaras dengan itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengadakan Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Social Synergy untuk memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah.

Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program-program menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar program ini.

MoU ini akan menyaksikan kerjasama dalam Pelaksanaan Program  Social Synergy Secara Individu dan Berkelompok bagi Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Di Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Di Negeri Ini, Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsian Data.

Justeru itu, kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dan Pemboleh Daya 3: Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian.

Sekretariat SMJ dalam kenyataan pada Selasa menyatakan majlis menandatangani MoU itu diadakan di pejabatnya di Tingkat 15 Menara Kinabalu, di sini.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

MoU ini juga disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SMJ Ramlee Kariah dan Pengarah Perkeso Negeri Sabah Dr Mohd Ali Hindia.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber:  Daily Express Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut