24 LAPORAN DIBUAT OLEH MANGSA ‘SCAMMER’ DI TERENGGANU

Polis menerima 24 laporan berhubung pengurangan wang di dalam akaun milik individu yang menggunakan pelbagai khidmat institusi kewangan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sebanyak 13 laporan diterima di daerah Kuala Terengganu, diikuti Besut (5), Dungun (4) dan masing-masing satu laporan di Kemaman serta Hulu Terengganu.

Mangsa membuat laporan polis selepas menerima SMS daripada institusi kewangan masing-masing bahawa berlaku transaksi ke atas akaun mangsa. Mangsa disyaki menjadi mangsa ‘phishing’ atau pautan (link) yang mana terdapat Android Package File (APK) dalam bentuk malware. Selain daripada itu, terdapat juga mangsa yang memberikan nombor butiran kata laluan sekali (OTP) apabila diminta oleh scammer. Polis menyifatkan bahawa kes ini tiada kaitan dengan pendaftaran PADU yang tular sebelum ini di Terengganu.

Polis menasihati masyarakat supaya tidak menekan apa-apa pautan yang tidak dipastikan kesahihannya terutama yang mempunyai APK yang tidak sah. Orang ramai juga diingatkan tidak berkongsi butiran terperinci kad ATM, kod pengesahan transaksi (TAC) atau OTP dengan sesiapa walaupun atas pelbagai alasan.

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut