Perkembangan teknologi melalui medium media sosial boleh dimanfaatkan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.
Beliau berkata, platform itu mampu mengekalkan ikatan silaturahim walaupun berada saling berjauhan apabila masih dapat berinteraksi antara satu sama lain sekali gus berpotensi mengukuhkan lagi hubungan pelbagai kaum di negara ini.
“Kementerian Perpaduan sentiasa menggalakkan masyarakat berusaha untuk memupuk perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia supaya kita aman dan bersatu padu… jadi kita perlukan teknologi untuk mengeratkan perpaduan.